Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Tanpa judul (1000 x 280 piksel) (1).jpg/Slider_images/Sungai Tutong.png/Slider_images/Selamat Datang ke Daerah Tutong.jpg/Slider_images/Bangunan JDT.jpg

Pasar Malam Ria Daerah Tutong

​Bermula 29 Oktober 2015 setiap hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad

Masa  : 5.00 petang hingga 11.00 malam

​Bertempat : Di Kawasan Lapang Berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahktoa Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

12191985_1088419467865511_5123645190292660175_n.jpg

SESI MUZAKARAH SHENA BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAERAH TUTONG DAN BELAIT

TUTONG, 6 FEBRUARI 2025 Sebagai gambaran, sejak tahun 2013 sehingga tahun 2024, terdapat 79 kematian di tempat kerja di pelbagai sektor dan pada tahun 2024 sahaja, tiga kematian di sektor pembinaan telah direkodkan. Risiko kemalangan boleh dikurangkan dan dicegah sekiranya aspek-aspek keselamatan dilaksanakan dengan teratur.

​Dalam hal ini, pihak Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dengan kerjasama pihak-pihak kerajaan dan swasta yang berkepentingan terus berusaha melalui beberapa pendekatan dan kaedah untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja.


Sesi Muzakarah SHENA bersama Penhulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong dan Belait 2025.png

TAMU MUAFAKAT LONG MAYAN

TUTONG 6 FEBRUARI 2025 - ​Datanglah beramai-ramai ke Tamu Muafakat Kampung Long Mayan yang akan diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2025 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Gerai Tamu Kampung Long Mayan, Tutong.


Tamu Muafakat 9 Feb 2025.png

SUNG NIO JATI LI MUKIM TELISAI

TUTONG, 2 FEBRUARI 2025 Majlis Perundingan Mukim Telisai dengan kerjasama Majlis -majlis Perundingan Kampung di bawah Mukim Telisai awal pagi tadi mengadakan acara-acara keluarga dan komuniti iaitu 'Sung Nio Jati Li Mukim Telisai' yang berlangsung di Kawasan Lapang Berdekatan Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang.

'Sung Nio Jati Li Mukim Telisai' membawa erti 'Maritah kitani ke Mukim Telisai'. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.


Sung Nio Jati Li Mukim Telisai Ver 2.png

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-19 KELAB MOTOSIKAL KEKAL

TUTONG, 1 FEBRUARI 2025 - Kelab Motosikal KEKAL dihasrat akan dapat berkembang dari umurnya yang ke-19 tahun dan akan dapat memberikan impak atau pengaruh yang positif kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada belia-belia yang ada di Daerah Tutong khususnya dan di negara ini umumnya.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-19 kelab berkenaan yang berlangsung di Zake Pool and Snooker, Bangunan Central Mall Tutong.


Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-19 Kelab Motosikal KEKAL.png