Jabatan Daerah Tutong mempelawa semua penduduk Kampung Layong untuk hadir ke Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Layong yang akan diadakan pada Ahad, 30 November 2025, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Layong, Mukim Lamunin, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi bagi pengundian menggunakan kertas undi (ballot paper).
Bagi pengundi yang menggunakan aplikasi mudah alih E-Undi PMKK, tempoh pengundian akan dibuka selama tiga (3) hari bermula Jumaat, 28 November 2025 jam 8.00 pagi dan akan ditutup pada Ahad, 30 November 2025 jam 11.00 pagi.
Bagi pengundian menggunakan kertas undi (ballot paper), pengundi hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing semasa hadir mengundi dan hadir sendiri ke tempat majlis diadakan. Bagi mereka yang bekerja sebagai anggota pasukan beruniform, kad lesen memandu boleh digunakan sebagai pengenalan diri. Borang undi juga hendaklah dikembalikan sebelum pengundian ditutup pada hari pengundian.
Borang daftar pengundi boleh diperolehi dan seterusnya dikembalikan kepada Yang Mulia Awang Mohd. Jaafar bin Haji Tinggal, Penghulu Mukim Lamunin, dan Awang Mohammad Noh bin Haji Md Taib, Pemangku Ketua Kampung Layong, atau di Tingka1, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong, sebelum tarikh pengundian diadakan.
#eundipmkk #KetuaKampungLayong #JabatanDaerahTutong #MukimLamunin #KpgLayong #UndiPMKK #Tutong