Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

JERAYAWARA SKIM PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0009.JPG

Tutong, 3 OKTOBER 2018 – Jerayawara mengenai Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dilaratkan lagi ke Daerah Tutong pada hari ini. Jerayawara tersebut telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyaratan Tutong.

Jerayawara tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan lagi Kekosongan Jawatan-Jawatan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung khususnya bagi kekosongan jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Tutong yang mana mula diiklankan pada 1 hb Oktober 2018 dan dibukakan sehingga 31 Oktober 2018.

Selain daripada itu juga, Jerayawara ini juga diadakan untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada orang ramai mengenai tatacara, proses, syarat persyaratan kelayakan, peranan serta tanggungjawab bagi menjawat jawatan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang terdapat dalam Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Sebanyak Empat (4) Kekosongan Jawatan sebagai Penghulu Mukim dan sebanyak Dua Belas (12) Kekosongan Jawatan sebagai Ketua Kampung bagi Daerah Tutong. Senarai kekosongan adalah seperti berikut:-

    1. Kekosongan Jawatan Penghulu Mukim mengikut Mukim:-


      1. Mukim Rambai
      2. Mukim Keriam
      3. Mukim Ukong
      4. Mukim Pekan Tutong


    2. Kekosongan Jawatan Ketua Kampung Mengikut Kampung:-


      1. Kampung Benutan, Mukim Rambai
      2. Kampung Penanjong, Mukim Pekan Tutong
      3. Kampung Sengkarai, Mukim Pekan Tutong
      4. Kampung Layong, Mukim Lamunin
      5. Kampung Keriam, Mukim Keriam
      6. Kampung Kupang, Mukim Keriam
      7. Kampung Ukong, Mukim Ukong
      8. Kampung Danau, Mukim Telisai
      9. Kampung Rambai, Mukim Rambai
      10. Kampung Merimbun, Mukim Rambai
      11. Kampung Panchor, Mukim Pekan Tutong
      12. Kampung Penabai dan Kuala Tutong, Mukim Pekan Tutong

Bagi penduduk Daerah Tutong yang berhasrat untuk menghadapkan pencalonan bolehlah mendapatkan Borang Pencalonan di Jabatan Daerah Tutong. Borang hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon berkenaan, seorang pencadang dan 2 orang penyokong). Borang-borang hendaklah dikembalikan semula ke Jabatan Daerah Tutong tidak lewat 31hb Oktober 2018.

 Manakala keterangan lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong di Mukim dan Kampung yang berkenaan, bolehlah diperolehi dari Unit Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing.

Hadir bagi memberikan taklimat tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta orang ramai yang hadir. 


Created at 03/10/2018 15:45 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 07/11/2018 15:47 by Nusratina Binti Hj Md Daud