Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH 1440 BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0086 resize 16.jpg

Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440 diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong pada hari Isnin, 10 September 2018. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di Daerah Tutong, Pegawai Daerah Tutong, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di Daerah Tutong, penduduk dan masyarakat yang tinggal sekitar Pekan Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan zikir dan Doa Akhir Tahun Hijrah yang dipimpin oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar, kemudian disusuli dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Doa Awal Tahun Hijrah yang dipimpin oleh Awang Mohd Fauzi.

Kemudian majlis diteruskan dengan sembahyang sunat Hajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad. Diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh Awang Shahibol Omar bin Haji Mohd Yusof juga selaku Imam Masjid Hassanal Bolkiah. Majlis diakhiri dengan menunaikan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

Created at 13/09/2018 15:29 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 07/11/2018 15:49 by Nusratina Binti Hj Md Daud