TUTONG, 21 MEI 2023 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, hari ini, yang berlangsung di Dewan Wawasan PESAKA, Kampung Keriam.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri persatuan berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya yang dijayakan sendiri oleh ahli-ahli persatuan tersebut.
Dengan tujuan bagi mempererat lagi hubungan dan jalinan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli persatuan, majlis tersebut juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Persatuan PESAKA yang menjadi kelaziman diadakan setiap kedatangan bulan Syawal.