TUTONG, 20 MEI 2023 - Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAKATAN.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Pantaran Seri Melati, Kampung Kuala Tutong berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Suffian bin Haji Basri.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian ramai Hari Raya daripada Ahli Jawatankuasa Penyelenggara majlis berkenaan dan para ahli PAKATAN.
Majlis kemudian diteruskan lagi dengan penyerahan derma anak yatim daripada PAKATAN yang diserahkan kepada tetamu kehormat majlis dan disampaikan oleh Bendahari Agung PAKATAN, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi.
Antara lain tujuan majlis berkenaan diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PAKATAN dan penduduk Kampung Kuala Tutong.