TUTONG, 16 MAC 2023 - Majlis Penyampaian Anugerah
Akademik Pelajar Cemerlang
BC GCE 'O'Level / IGCSE Sesi
2022 yang diadakan merupakan
satu pengiktirafan sangat
bernilai kepada para pelajar yang
telah berjaya memperoleh
pencapaian yang baik dan
cemerlang dalam peperiksaan
GCE di peringkat 'O' dan IGCSE
pada tahun 2022 lalu.
Perkara tersebut dinyatakan
oleh Pemangku Pegawai Daerah
Tutong, Awang Mohammad
Sofian bin Haji Basri pada
Majlis Penyampaian Anugerah
Akademik Pelajar Cemerlang
BC GCE 'O' Level / IGCSE Sesi
2022 yang berlangsung di
Dewan Sekolah Menengah Sufri
Bolkiah, di sini.
Pada majlis itu, tetamu
kehormat seterusnya
menyempurnakan penyampaian
Anugerah Pelajar Cemerlang
Peperiksaan BC GCE 'O' Level
dan IGCSE, Anugerah
Pelajar Terbaik Peperiksaan
berkenaan, Hadiah Galakan
Peperiksaan
BC GCE 'O' Level dan
IGCSE dan Penyampaian
Hadiah Penghargaan kepada
jabatan-jabatan kepada para
penerima anugerah.
Sekolah berkenaan sentiasa
berusaha untuk mencapai
misinya 'Mengoptimumkan
Potensi Pelajar Melalui
Pendidikan Menyeluruh', justeru,
dengan adanya majlis tersebut
diharap dapat memberi
penghargaan kepada para
pelajar yang telah mencapai
kecemerlangan dalam
peperiksaan berkenaan.