TUTONG, 12 MAC 2023 - Limin Cardio Fitness (LCF) dengan kerjasama Persekutuan
Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) telah menganjurkan Larian Semarak Hari Kebangsaan
dengan disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayan, bagi bersempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 39 tahun,2023.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang
Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Larian Semarak Hari Kebangsaan ini diungkayahkan bagi memeriahkan lagi acara Sambutan Hari
Kebangsaan ke 39, yang termasuk di dalam salah satu pengisian Sambutan Ulang Tahun Hari
Kebangsaan kali ke-39 dengan melibatkan semua lapisan masyarakat. Seramai lebih 300 orang
telah mendaftar untuk menyertai Larian Semarak Hari Kebangsaan dengan disertai para belia,
bagi menyokong hasrat mengamalkan cara hidup yang sihat menerusi kegiatan sukan dan riadah
dengan semangat perpaduan serta cintakan negara.
Larian ini bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tutong.
Acara larian ini dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, sesi pemanasan badan, dikuti dengan
pelepasan bagi kategori Cabaran 6 km Lelaki Terbuka, Cabaran 6 km Wanita Terbuka dan dikuti
kategori Fun Run sejauh 3km.
Tempat pertama pertandingan Cabaran 6km lelaki terbuka dimenangi oleh Sefli Ahar dengan
catitan masa 21 Minit 57 Saat memenangi hadiah wang tunai BND300.
Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Haziq Syazwan bin Hermanti menerima hadiah wang tunai BND200.
Dan wang tunai sebanyak BND100.00 bagi tempat ketiga Ruzaini Mahadi.
Bagi Tempat pertama pertandingan Cabaran 6km Wanita terbuka dimenangi oleh Tho Siaw Khim dengan catitan masa 29 Minit 27 Saat memenangi hadiah wang tunai BND300.
Tempat kedua dimenangi oleh Alea Abdullah menerima hadiah wang tunai BND200.
Dan wang tunai sebanyak BND100.00 bagi tempat ketiga Husna Abdullah
Turut hadir dalam Larian berkenaan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan Ketua
kampong Sengkarai.