TUTONG, 14 JANUARI 2023 - Malam Munajat anjuran KHEU Ke-70 ini
mengundang tetamu khas, Pemangku
Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah
Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Awang Mohammad Sofian bin Haji
Basri yang juga memimpin bacaan Sayyidul
Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid
Pengiran Anak Haji Mohammed Alam,
Kampung Sengkarai, Tutong.
Juga menyertai, Menteri Hal Ehwal
Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka
Haji Awang Othman; Ahli-ahli Jawatankuasa
Takmir Masjid Pengiran Anak Haji
Mohammed Alam, Kampung Sengkarai
dan Belia IMPAK Penggerak Belia Tutong,
Belia 'Ibadurrahman dan Belia Kampung
Sengkarai.
Turut serta, para pegawai, guru
dan pelajar-pelajar Sekolah Ugama
Arab Menengah Perempuan Raja
Isteri Pengiran Anak Hajah
Saleha dan guru-guru serta
pelajar-pelajar IBTE School of
Building Technology Services,
Kampus Nakhoda Ragam.
Acara Malam Munajat juga
dimeriahkan oleh jemaah
daripada 95 buah masjid
termasuk surau dan balai
ibadat seluruh negara serta
warga KHEU berserta keluarga
dari kediaman masing-masing.
Selepas bacaan Sayyidul
Istighfar dan Surah Al-Fatihah,
diikuti dengan bacaan Surah
Yaa Siin beramai-ramai dipimpin
oleh pelajar NTEC in Building
Craft, IBTE School of Building
Technology Services, Kampus
Nakhoda Ragam, Awang
Muhammad Sakhawi bin Saiful
dari Surau IBTE Kampus
Nakhoda Ragam Lebuh Raya
Muara Tutong.
Doa Munajat dibacakan oleh
Timbalan Pengetua Pentadbiran
Sekolah Ugama Arab Menengah
Perempuan Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha, Jabatan
Pengajian Islam, KHEU, Pengiran
Haji Asmady bin Pengiran Haji
Aliuddin dari Surau Sekolah
Ugama Arab Menengah
Perempuan Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha.
Sebelum mengakhiri majlis,
bacaan Selawat Tafrijiyyah
dipimpin oleh Awang Muhammad
Darwisy Afiq bin Jalani bersama
Belia-belia IMPAK Penggerak
Belia Tutong, Belia 'Ibadurrahman
dan Belia Kampung Sengkarai
dari Masjid Pengiran Anak Haji
Mohammed Alam, Kampung
Sengkarai, Tutong.
Bagi memberkati acara,
bacaan Doa Peliharakan
Sultan dan Negara Brunei
Darussalam dipimpin oleh
Imam Tingkat I Masjid
Pengiran Anak Haji Mohammed
Alam, Kampung Sengkarai,
Awang Abdul Hafiy bin Yahya dari
Masjid Pengiran Anak Haji
Mohammed Alam, Kampung
Sengkarai.