Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

NATIONAL FRAMEWORK ON CHILD PROTECTION (NFCP)

NFCP.png

14 OKTOBER, 2021Buku Rangka Kerja Kebangsaan Bagi Perlindungan Kanak-Kanak (National Framework On Child Protection-NFCP) telahpun dilancarkan pada 22 Disember 2020. Buku NFCP memfokuskan kepada kanak-kanak dan orang muda yang berumur di bawah 18 tahun.

Buku NFCP ini juga mengandungi beberapa strategi utama yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak termasuk dari aspek dasar, undang-undang dan etika; mekanisme pemantauan; koordinasi di antara agensi; perkhidmatan sosial; sokongan keluarga; penglibatan masyarakat; pencegahan; penglibatan kanak-kanak dan peningkatan latihan dan kapasiti. Secara keseluruhannya NFCP mengandungi 6 teras, iaitu: Dasar dan Perundangan; Mekanisme Pemantauan; Penyelarasan Antara Agensi; Perkhidmatan Sosial; Sokongan Keluarga; dan Penglibatan Komuniti.

Penghasilan rangka kerja ini adalah berasaskan kepada dokumen-dokumen yang terkandung di dalam Wawasan Brunei 2035; Pelan Tindakan Kesejahteraan Kanak-Kanak di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS); United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC); dan Regional Plan of Action on Violence Against Children (2016-2025) di bawah ASEAN Commission on the Discrimination and Protection on the Rights of Women and Children.
Biskita bolehlah menekan pautan link NFCP berikut iaitu:  http://japem.gov.bn/Documents/nfcp.pdf

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, biskita bolehlah menghubungi Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di talian 2380704 atau email tetty.pungut@japem.gov.bn dan tauhiduddin.rosli@japem.gov.bn.


Created at 14/10/2021 13:42 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 04/11/2021 11:41 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar