Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 37, TAHUN 2021 BAGI DAERAH TUTONG

PENURUNAN BENDERA HK37.jpg

TUTONG, 25 FEBRUARI 2021- Upacara Penurunan Bendera Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali Ke 37, Tahun 2021 bagi Daerah Tutong telah diadakan di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa diketuai oleh Yang Mulia Mohammad Azim Shah bin Abdul Rahman, Ketua Imam Kampung Menengah, Tutong.

Bendera Negara diturunkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya penyerahan bendera Negara kepada Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.

Created at 28/02/2021 20:08 by Salmah binti Muntil
Last modified at 28/02/2021 20:08 by Salmah binti Muntil