Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS BERDIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W. 1442H/2020M

IMG_0047.JPG

Majlis Dikir Maulud Di Daerah Tutong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam Tahun 1442H/2020M dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Kiudang dengan Kerjasama Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong serta Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ’Abdul Wakeel diadakan pada hari Khamis, 5 Rabiulawal 1442H bersamaa 22 Oktober 2020 bertempat di Masjid Pengiran Muda ’Abdul Wakeel, Kiudang, Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Bandaran dan Daerah) dan Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis  dikir dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan bacaan doa sebelum sembahyang berjemaah Fardhu Isya.

Di samping meluahkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam, majlis juga bertujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam Tahun 1442 Hijrah di samping memakmurkan dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk dan para jemaah.

Kunjungan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke majlis tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemimpin-pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk di Kampung Kiudang dan sekitarnya.

Hadir sama ke Majlis Dikir Maulud tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di Daerah Tutong.

Created at 24/10/2020 14:40 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 24/10/2020 14:40 by Hasnan Bin Engin