Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN TAMU MINGGUAN 1K1P, DAERAH TUTONG

Pelancaran Tamu.jpg

 Tutong 24 September 2020 –  Majlis Pelancaran Tamu Mingguan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), Daerah Tutong telah diadakan hari ini di Bangunan Pasar Sayur-Sayuran, Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong.

Tamu Mingguan 1K1P, Daerah Tutong berkenaan dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong (BKKT). 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tamu Mingguan 1K1P ini adalah sebagai platform untuk meluaskan lagi pemasaran produk 1K1P terutama sekali di dalam pasaran domestik disamping mewujudkan hub rangkaian perniagaan (business networking hub) kepada para pengusaha agar terus konsisten dan sustainable.

Sebanyak 20 Pengusaha 1K1P menyertai Tamu Mingguan tersebut yang terdiri daripada 17 Pengusaha daripada Daerah Tutong, 2 Pengusaha daripada Daerah Brunei-Muara dan 1 Pengusaha daripada Daerah Belait.

Di antara tujuan dan matlamat program diadakan ialah:

  1. Meningkatkan pasaran dan kebolehpasaran (marketability) produk 1K1P terutama sekali di dalam pasaran domestik.
  2. Mempelbagaikan kaedah pemasaran yang sedia ada melalui pendekatan conceptual business environment iaitu suasana perniagaan berkonsepkan tamu mingguan yang menarik ramai pengunjung bagi memastikan permintaan pasaran (market demand) produk berkenaan berterusan dan konsisten.
     
  3. Mewujudkan hub rangkaian perniagaan 1K1P (1K1P business networking hub) sebagai platform ke arah memperluaskan peluang-peluang perniagaan yang mampu menyumbang kepada perkembangan kemajuan Produk 1K1P atau 1K1P Product Progress Development yang lebih kondusif dan efektif.
Hadir sama pada Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, ahli-ahli Lembaga Bandaran Tutong, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.
Created at 24/09/2020 13:43 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 24/09/2020 13:43 by Hasnan Bin Engin