Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74 TAHUN BAGI DAERAH TUTONG, TAHUN 2020

IMG_0025.JPG

Tutong, 8 Julai 2020 – Upacara Pengibaran Bendera Negara Sempen Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 Tahun Bagi Daerah Tutong, Tahun 2020 diadakan pada hari Rabu 16 Zulkaedah 1441 bersamaan 8 Julai 2020 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohamad Nor bin Haji Jeludin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Mohd Latif bin Zaini, Iman Masjid Kampung Tanjong Maya, Tutong.

Bendera kebangsaan diserahkan kepada Tetamu Kehormat oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong dan kemudian menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikan di upacara penarikan bendera dan diiringi Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan".

Tetamu kehormat juga menyerahkan bendera-bendera kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Tutong.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara  Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Ketua Kampung Daerah Tutong.


Created at 08/07/2020 15:09 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 08/07/2020 15:09 by Hasnan Bin Engin