Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KONVENSYEN BELIA MPK 2020 DAERAH TUTONG

IMG_0275.JPG

Tutong 26 Februari 2020 – Konvensyen Belia MPK 2020 Daerah Tutong telah diadakan hari ini di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Konvensyen Belia MPK 2020 Daerah Tutong adalah anjuran bersama di antara Jabatan Daerah Tutong, Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36 Tahun 2020 bertemakan Pemimpin Belia MPK Di Masa Depan.

Antara tujuan Konvensyen diadakan ialah:

  1. Melahirkan pemimpin-pemimpin di kalangan belia yang berdedikasi dan berkaliber bagi menerajui kepimpinan Majlis Perundingan Kampung (MPK) dengan corak pemikiran generasi muda yang lebih kreatif dan relevan.
  2. Memperkasakan kepimpinan MPK ke arah yang sustainable, lebih maju dan progresif di dalam melaksanakan fungsi dan peranannya kepada negara dan masyarakat.
  3. Merapatkan jalinan kerjasama (networking) golongan belia dengan pemimpin dan ahli-ahli MPK bagi mewujudkan agen-agen kemajuan melalui landasan yang sama dan bersaing secara sihat.

Konvensyen ini juga ialah sebagai platform untuk memberigakan kepada para belia, peluang-peluang yang ada di dalam MPK yang boleh diterokai oleh golongan belia sebagai bakal pemimpin akar umbi.

Konvensyen dihadiri oleh 81 orang belia dan beliawanis Daerah Tutong yang terdiri daripada belia-belia yang telah dilantik selaku ahli Majlis Perundingan Kampung dan belia-belia mewakili kampung-kampung di Daerah Tutong.

Antara pengisian konvensyen ialah taklimat mengenai dengan sejarah penubuhan, fungsi dan peranan Majlis Perundingan Kampung, Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Tutong serta pengusaha-pengusaha 1K1P di kalangan Belia.

Taklimat juga menjurus kepada perkongsian maklumat dan pengalaman daripada MPK yang terpilih di dalam kepimpinan, pelancongan berasaskan komuniti dan aktiviti-aktiviti tahunan yang diraih oleh belia-belia.

Sesi petang dimuatkan dengan forum khas Konvensyen Belia MPK Daerah Tutong dan di akhiri dengan pembentangan dan penyerahan resolusi daripada ketua-ketua kumpulan konvensyen. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi petang dan majlis penutup konvensyen ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Penghulu dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 29/02/2020 08:29 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 29/02/2020 08:29 by Hasnan Bin Engin