Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR MAULUD DI DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM TAHUN 1441H/2019M

IMG_0059 resize.jpg

​Khamis, 31 Oktober 2019

Majlis Dikir Maulud Di Daerah Tutong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1441H/2019M dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampong Bukit Panggal dengan Kerjasama Jabatan Daerah Tutong serta Jawatankuasa Takmir Masjid Ar Rahim Kampong Bukit Panggal diadakan pada hari Khamis, 3 Rabiulawal 1441H bersamaan 31 Oktober 2019 bertempat di Masjid Ar Rahim Kampong Bukit Panggal, Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud,  Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dikir dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan bacaan doa sebelum sembahyang berjemaah Fardhu Isyak.

Di samping meluahkan rasa kecintaan serta taat setia kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, majlis juga bertujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1441 Hijrah di samping memakmurkan dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk di Kampong Bukit Panggal.

Kunjungan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke majlis tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemimpin-pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk di kampong berkenaan.

Hadir sama ke Majlis Dikir Maulud tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai, Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di Daerah Tutong.

Created at 06/11/2019 15:05 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 06/11/2019 15:05 by Noraisah Binti Osman