Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-73, TAHUN 2019 BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0042.JPG

Tutong, 31 Julai 2019 – Upacara Penurunan Bendera Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73, Tahun 2019 diadakan pada hari Rabu, 28 Zulkaedah 1440 bersamaan dengan 31 Julai 2019 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Tetamu kehormat bagi Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain Pegawai Daerah Tutong.  

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Saipol bin Haji Emran, Bilal Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Kampung Kiudang,  Tutong.

Upacara diteruskan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan upacara menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya diserahkan kepada Tetamu kehormat majlis.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Daerah Tutong, Tahun 2019 serta Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong,


Created at 10/08/2019 11:05 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 10/08/2019 11:05 by Hasnan Bin Engin