Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Sungai Tutong.png/Slider_images/Selamat Datang ke Daerah Tutong.jpg/Slider_images/Bangunan JDT.jpg

PEMBERITAHUAN - Iklan Tawaran

​Jamuan Bagi Mesyuarat, Latihan Persembahan Khas Dan Acara Kemuncak Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025-06-30 at 11.34.20 (1).jpeg

PERASMIAN JAMBATAN

TUTONG, SABTU, 8 NOVEMBER 2025 – Perasmian Jambatan Baru milik Awang Ahmad bin Madon telah diadakan di Jalan Bang Panggan, Kampung Rambai, Tutong. Jambatan tersebut telah dibina oleh Syarikat Arza Sdn. Bhd.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.


Perasmian Jambatan Milik Awang Ahmad bin Madon IMG_0034.JPG

RIADAH AMAL BERBASIKAL

TUTONG, AHAD, 2 NOVEMBER 2025 - Bersempena 30 tahun penubuhan rasmi Masjid Kampung Bukit Udal, Tutong, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Bukit Udal telah menganjurkan Acara Riadah Amal Berbasikal yang bermula dan berakhir di perkarangan masjid berkenaan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu khas majlis dan seterusnya berkesudian mengetuai Acara Riadah Amal Berbasikal sejauh 6 kilometer berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Juga hadir sama bagi menyertai acara riadah amal berbasikal berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya'akub, selaku Penghulu Mukim Ukong.


Radah Amal Berbasikal Masjid Kg Bukit Udal IMG_0053.JPG

KEJOHANAN BADMINTON HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE-32

TUTONG, AHAD, 2 NOVEMBER 2025 - Seramai 21 pasukan mewakili daripada kementerian-kementerian menyertai Kejohanan Badminton Antara Kementerian-kementerian bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-32 bagi Tahun 2025.

Kejohanan ini merupakan salah satu inisiatif tahunan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam di Negara Brunei Darussalam.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut selaku tetamu kehormat.


Kejohanan Badminton HPA kali ke-32 lWhatsApp Image 2025-11-02 at 3.06.49 PM.jpeg

MAJLIS PERASMIAN CLUBHOUSE

TUTONG, AHAD, 27 OKTOBER 2025 – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Perasmian Clubhouse yang diadakan di PWD No.73, Bilik 1 & 2, Bukit Bendera, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Md Sofian Bin Haji Basri.

Di majlis itu, beliau telah menyampaikan tahniah kepada seluruh ahli kelab atas usaha gigih dan komitmen dalam menjayakan penubuhan clubhouse ini.


Perasmian clubhouse KEKAL WhatsApp Image 2025-10-27 at 11.32.13 AM.jpeg

​ 


Surat Pemberitahuan.png

Borang Aduan.jpg


1k1p.jpg​ 

Facebook.jpg Instagram1.jpg