TUTONG, 6 FEBRUARI 2025 - Sebagai gambaran, sejak tahun 2013 sehingga tahun 2024, terdapat 79 kematian di tempat kerja di pelbagai sektor dan pada tahun 2024 sahaja, tiga kematian di sektor pembinaan telah direkodkan. Risiko kemalangan boleh dikurangkan dan dicegah sekiranya aspek-aspek keselamatan dilaksanakan dengan teratur.
Dalam hal ini, pihak Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dengan kerjasama pihak-pihak kerajaan dan swasta yang berkepentingan terus berusaha melalui beberapa pendekatan dan kaedah untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja.