Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 73 KALI KHATAM

IMG_0025.JPG

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 73 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir sama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Tutong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, , Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampong

Pada tahun ini, bagi Daerah Tutong, penyertaan adalah berjumlah seramai 382 orang yang terdiri daripada :

  1. Lelaki Dewasa 35 orang
  2. Wanita Dewasa 35 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 86 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 86 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 35 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 35 orang

Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama dimulakan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang     Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. 


Created at 04/05/2019 10:42 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 04/05/2019 10:42 by Hasnan Bin Engin