Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN PAKEJ KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DAERAH TUTONG

IMG_0015.JPG

Tutong, 28 Februari 2019-Khamis – Majlis Pelancaran Pakej Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong telah diadakan hari ini di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan pakej berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Tanjong Maya.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Jamalulhair bin Mohin, Pemangku Imam Masjid Kampung Danau, Tutong dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Muhd. Amir bin Haji Umarali, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong selaku Pengerusi Bersama Majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat majlis yang kemudian melancarkan pakej berkenaan.  

Majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada kumpulan etnik Daerah Tutong.  Selepas acara pelancaran Tetamu Kehormat Majlis serta para jemputan berkesempatan bagi menyaksikan pameran pelbagai jenis makanan tradisi etnik Daerah Tutong dan persembahan permainan muzik tradisi sedaman di Galeri Destinasi Tutong-Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong.

Pakej Kesenian dan Kebudayaan Etnik ini adalah sebagai nilai tambah kepada pakej-pakej Destinasi Tutong yang mula diperkenalkan pada tahun 2015.  Pakej ini menyediakan pelbagai lagi pilihan pakej-pakej lawatan ke Daerah Tutong yang berkonsepkan kesenian dan kebudayaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai Daerah Tutong, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

 

 


Created at 28/02/2019 12:14 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 28/02/2019 12:22 by Hasnan Bin Engin