Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 35, TAHUN 2019 BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0024.JPG

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 35, TAHUN 2019 BAGI DAERAH TUTONG

TUTONG 25 FEBRUARI 2019 – Upacara Penurunan Bendera Negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali Ke 35, Tahun 2019 bagi Daerah Tutong telah diadakan  di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa selamat diketuai oleh Yang Mulia Awang Abdul Wafiy bin Haji Kadiroshman, Pemangku Iman Masjid Kampung Penapar Tutong.

Bendera Negara diturunkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya  menyerahkan bendera Negara kepada Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Cawangan Kerajaan Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong.

 


Created at 27/02/2019 09:12 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 28/02/2019 12:20 by Hasnan Bin Engin