Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN PRODUK SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAERAH TUTONG

IMG_0080.JPG

Tutong, 31 Januari 2019 – Majlis Pelancaran Buku Panduan Produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Daerah   Tutong telah diadakan hari ini di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan buku panduan berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain, Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Bersama Majlis dan diteruskan dengan ucapan Tetamu Kehormat majlis dan pelancaran Buku Panduan Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong.

Selepas pelancaran Tetamu Kehormat Majlis serta para jemputan beredar ke ruang Galeri Destinasi Tutong-Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong bagi menyaksikan promosi produk dan berpeluang beramah mesra dengan pengusaha-pengusaha produk yang tersenarai di dalam buku panduan tersebut.

Buku Panduan Produk Satu Kampung Satu Produk Daerah Tutong Edisi Pertama ini dihasilkan atas inisiatif bersama Jabatan Daerah Tutong dan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong yang mengandungi lebih 100 jenis produk daripada 27 orang pengusaha. Buku berkenaan memuatkan maklumat lengkap pengusaha termasuk nombor perhubungan, instagram, facebook, harga dan jenis produk dengan hiasan gambar-gambar produk yang menarik.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Program Satu Kampung Satu Produk Peringkat Kebangsaan, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Created at 04/02/2019 08:10 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 04/02/2019 08:10 by Hasnan Bin Engin