Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM (HPA) KE-25

Sembahyang Asar, Yaasin, Doa Khas Sempena HPA ke-25 - 27.9.2018 - Resize.jpg

​Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) KE-25, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengiran Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd Ishak, Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain serta pegawai dan kakitangan warga Perkhidmatan Awam.

 

Majlis dimulakan dengan  sembahyang fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof yang juga mengetuai bacaan surah Yaasin beramai-ramai. Manakala diteruskan pula dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas sempena Hari Perkhidmatan Awam yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Hassanal Bolkiah Tutong, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar.

Created at 01/10/2018 11:39 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 01/10/2018 11:39 by Noraisah Binti Osman