Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MUZAKARAH YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG

Muzakarah YB Menteri HEDN dgn PMKK - 26.9.2018 Resize.jpg

​Muzakarah bersama penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung bagi memberigakan perkembangan terkini Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Rabu, 26 September 2018 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Hadir dalam muzakarah yang turut mendengarkan isu-isu serta cadangan yang telah disuarakan oleh pemimpin akar umbi di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Pegawai Daerah Tutong, Pemangku Pegawai Daerah Belait, para pegawai kanan KHEDN, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta pegawai-pegawai Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Belait.

Pada sesi muzakarah tersebut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut antara lain telah memaklumkan beberapa jawatan-jawatan kosong bagi fasa pertama penghulu mukim dan ketua kampung bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait.

Kekosongan jawatan ketua kampung mengikut kampung adalah Kampung Benutan, Mukim Rambai, Kampung Layong, Mukim Lamunin, Kampung Keriam, Kampung Kupang, Mukim Keriam, Kampung Ukong, Mukim Ukong, Kampung Danau, Mukim Telisai, Kampung Rambai, Kampung Merimbun, Mukim Rambai dan Kampung Panchor, Kampung Penabai, Kuala Tutong, Kampung Penanjong, Kampung Sengkarai, Mukim Pekan Tutong.

Jerayawara bagi memberigakan skim perkhidmatan pemimpin akar umbi bagi Daerah Tutong akan berlangsung pada 3 Oktober 2018 dan orang ramai serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung diseru untuk hadir bagi mendengarkan dengan lebih lanjut mengenai skim tersebut.

KHEDN juga mengalu-alukan penghulu mukim  atau ketua kampung yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan untuk memohon pencalonan semula dan mana-mana individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan berkenaan digalakkan untuk memohon pencalonan.

Borang pencalonan boleh didapati di jabatan-jabatan daerah masing-masing dan hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon, seorang pencadang dengan dua orang penyokong) serta hendaklah dikembalikan semula ke pejabat ini tidak lewat dari 31 Oktober 2018.

Created at 01/10/2018 11:25 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 07/11/2018 15:40 by Nusratina Binti Hj Md Daud