Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN BELIA MASJID PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMED ALAM, KAMPUNG SENGKARAI TUTONG KE JABATAN DAERAH TUTONG

Lawatan Belia Masjid Sengkarai 2.jpg

Sabtu, 15 September 2018 jam 9.30 pagi – Dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berpengetahuan luas serta memanfaatkan masa lapang dengan sebaik-sebaiknya, seramai 19 orang belia daripada Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai Tutong mengadakan lawatan ke Jabatan Daerah Tutong.

Tujuan utama lawatan sehari itu adalah untuk mengetahui fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan rombongan mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Daerah Tutong.

Semasa lawatan berkenaan, rombongan yang diketuai oleh bilal Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Mulia Awang Padini bin Taai telah mendengarkan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia, Dayang Rina Nurhafizah @Rezza binti Abdul Rani, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatan Daerah Tutong.  Dan seterusnya diikuti dengan penerangan mengenai peta tempat-tempat menarik di Daerah Tutong dan sesi kuiz yang telah dipimpin oleh salah seorang ahli Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Kemudian, rombongan juga berpeluang untuk menyaksikan Galeri Satu Kampung Satu Produk [1K1P] sebelum sesi berinteraksi bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Dengan adanya lawatan berkenaan, ia juga secara tidak langsung dapat membuka minda para belia mengenai adanya potensi besar dalam industri pelancongan yang terdapat di Daerah Tutong.

Created at 18/09/2018 15:12 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 07/11/2018 15:48 by Nusratina Binti Hj Md Daud