Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN PESERTA PROGRAM BAS BELIA KE JABATAN DAERAH TUTONG

IMG_2190 Resize 18.jpg

Rombongan remaja yang terpilih untuk menyertai Program Bas Belia 2018 meneruskan kembara kebangsaan mereka untuk hari kelima dengan persinggahan ke Daerah Tutong petang tadi.

Semasa persinggahan selama sehari, rombongan belia diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Jabatan Daerah Tutong yang disampaikan oleh Yang Mulia, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya selaku wakil Pegawai Daerah Tutong.

Disamping itu, mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Selain itu, rombongan juga dibawa melawat ke Galeri Satu Kampung Satu Produk (1K1P) sebelum mengadakan sesi bergambar ramai.

Lawatan selama sehari ke Daerah Tutong diadakan untuk mendidik dan meningkatkan belia ke arah perkembangan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman di samping mendedahkan kepada mereka khidmat masyarakat di negara ini.

Program Bas Belia 2018 yang disertai seramai 42 orang belia yang terdiri daripada 30 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 16 hingga 20 tahun dari keempat-empat daerah merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan berkenaan mendalami identiti budaya dan masyarakat di negara ini.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Daerah seluruh negara buat julung kalinya selama tujuh hari bermula 8 September lalu.

Selain itu, ia juga merupakan program sampingan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13 yang telah disambut pada 1 Ogos lalu.

Created at 13/09/2018 15:44 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 13/09/2018 16:12 by Noraisah Binti Osman