Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KIUDANGKU CERIA KE-2 ANJURAN MPK KIUDANG TUTONG

IMG_0032 Resize 16.jpg

Majlis Perundingan Kampung (MPK Kiudang) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah mengadakan Kiudangku Ceria Ke-2 di kawasan Gerai Muafakat Kampung Kiudang, Mukim Kiudang, Daerah Tutong.

Acara dimulakan dengan aktiviti keagamaan iaitu Solat fardhu Subuh berjemaah dan Tazkirah Subuh mengenai menjaga kesihatan mengikut Sunnah di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Kiudang, yang turut dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara juga Penasihat MPK Kiudang Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung; Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abd Rahim bin Abdullah Yakin; dan Ketua Imam Masjid Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Haji Mahari bin Haji Metussin.

Kemudian, acara dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh kakitangan-kakitangan dari Jabatan Penjara Maraburong, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di acara tersebut ialah Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong dan isteri. Turut serta semasa acara tersebut ialah Yang Berhormat Haji Umarali; Haji Abdul Rahim, Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja selaku Pengerusi MPK Kiudang, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Suhairi bin Haji Syukri dan Awang Mohammad Amir bin Haji Umarali selaku pengerusi bersama program Kiudangku Ceria.

Seterusnya acara diikuti dengan pelepasan Kayuhan Santai Berbasikal menyusuri kampong sejauh 13kilometer dan diteruskan  dengan pelepasan Berjalan Santai sejauh 8 kilometer yang dirasmikan oleh Tetamu Kehormat dan Ketua Kampung Kiudang. Acara turut disertai oleh pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menjual bermacam-macam barangan produk dan perkhidmatan masing-masing kepada orang ramai dan pengunjung.

Dengan adanya Kiudangku Ceria ini, ia merupakan salah satu inisiatif bagi mengungkayahkan aktiviti kemasyarakatan sesuai dengan matlamatnya bagi membantu kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

Created at 13/09/2018 15:22 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 07/11/2018 15:49 by Nusratina Binti Hj Md Daud