Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT 'SINGLE INTEGRATED SERVICES PILOT PROJECT ON DEATH REGISTRATION'

IMG_0014 resize 25.jpg

‚ÄčTaklimat 'Single Integrated Services Pilot Project On Death Registration' telah diadakan pada hari Sabtu, 8 September 2018 jam 8.45 pagi bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Taklimat disampaikan oleh beberapa orang wakil dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.  Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia, Awang Haji Adnan bin Haji Adam dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dan Yang Berhormat Awang Abdul Wahab bin Apong.

Taklimat yang disampaikan adalah berhubung dengan Bab 13 Akta Pendaftaran Beranak dan Mati, Penggal 79 yang menyebutkan bahawa sebarang kelahiran dan kematian yang gagal didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan, seseorang itu boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih dari BND$500.00.  Sementara itu, pendaftaran kematian adalah disarankan untuk dilaksanakan sebaiknya dalam tempoh masa 12 jam selepas kematian.  Pendaftaran kematian tertangguh (3 hari selepas 12 jam) dan pendaftaran kematian lewat (lebih dari 3 hari) akan dicatat jika tempoh pendaftaran dibuat selepas waktu yang disarankan.  Antara dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran kematian adalah surat pengesahan kematian dari Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Ianya adalah salah satu kaedah pemberigaan melalui pemimpin peringkat akar umbi iaitu Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung seluruh negara kepada penduduk-penduduk mukim dan kampung dimana ianya menjadi tanggungjawab kepada orang ramai untuk mendaftarkan kematian ahli keluarga.

Dengan adanya pemberigaan tersebut, maka isu-isu yang berkaitan dengan kelambatan dalam memproses untuk mendapatkan Sijil Kematian akan dapat dikurangkan.

Created at 13/09/2018 14:37 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 07/11/2018 16:07 by Nusratina Binti Hj Md Daud