Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 BAGI DAERAH TUTONG, TAHUN 2018

IMG_0109.JPG

Tutong, 1 Julai 2018 – Upacara Pengibaran Bendera Negara Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Daerah Tutong, Tahun 2018 diadakan pada hari Ahad, 17 Syawal 1439 bersamaan 1 Julai 2018 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Norliah binti Haji Kula, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd. Kartolo bin Haji Abang, Imam Masjid Kampung Penanjong, Tutong.

Rombongan pembawa bendera diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam, Penolong Pegawai Daerah Tutong diiringi oleh Pasukan Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan  Kampung, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap Daerah Tutong serta ahli-ahli Sukarelawan Daerah Tutong.

Acara kemuncak ialah penyerahan Bendera Kebangsaan oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain, Pegawai Daerah Tutong kepada Tetamu Kehormat Majlis yang kemudian menyerahkannya kepada Pasukan Polis Diraja Brunei bagi upacara pengibaran bendera diiringi dengan Lagu Kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan"  oleh kumpulan koir Wira Bangsa.

Pada majlis berkenaan, Tetamu Kehormat Majlis juga menyampaikan Bendera-Bendera Kebangsaan kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu Mukim Daerah Tutong.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perayaan Daerah Tutong,  Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong.

Created at 02/07/2018 15:44 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 02/07/2018 15:44 by Hasnan Bin Engin