Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA 1439H/2018M

IMG_0040.JPG

Tutong – Sambutan Hari Raya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawah nya diadakan hari ini 15 Syawal 1439H bersamaan 29 Jun 2018 bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Datin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Yang Mulia, Awang Haji Morsidi bin Haji Mahadi, Ketua Kampung Keriam dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama dan sijil kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah bersara bagi tahun 2017.

Majlis diadakan antara lain bertujuan untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mubarak bersama dengan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung ke empat daerah.

Suasana majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Badan Kebudayaan Jabatan Penjara.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara daripada wakil-wakil daerah, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong.

Created at 02/07/2018 14:23 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 07/11/2018 15:49 by Nusratina Binti Hj Md Daud