Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TUTONG TAHUN 1439H/2018M

IMG_0072.JPG

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Tutong diadakan pada hari Rabu, 21 Ramadan 1439 bersamaan 6 Jun 2018 bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.

Majlis tersebut dimulai dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Awang Amir Asyraf bin Haji Asmali, Penuntut Mahad Islam Brunei, Tutong dan terjemahan ayat oleh Ustaz Muhammad Saifullah bin Awang Tengah,Pegawai Pelajaran Ugama.

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Khairul Azmi bin Abu Bakar, Ketua Imam Masjid Pengiran Anak Mohammad Alam, Sengkarai.

Seramai 782 orang anak-anak yatim yang berusia 18 tahun kebawah dari Daerah Tutong yang telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat menerima sumbangan derma daripada Tabung Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD),  

Sumbangan derma ini antara lain bertujuan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim bagi sama-sama menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCE 'A' Level, GCE 'O' Level, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama bagi Daerah Tutong yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong.

 

Created at 07/06/2018 08:12 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 07/11/2018 15:50 by Nusratina Binti Hj Md Daud