Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1439H/2018M BAGI DAERAH TUTONG.

IMG_0011.JPG

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya Tahun 1439H/2018M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 6 Ramadhan 1439 bersamaan 22 Mei 2018 di Masjid Kampong Layong, Tutong.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut juga diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Layong.

Seterusnya rombongan juga mengadakan majlis bersungkai bersama penduduk Kampong Layong dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya  merupakan salah satu program kementerian bagi mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Disamping itu, ianya juga adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Daerah Temburong bagi majlis yang serupa pada hari Khamis, 8 Ramadhan 1439 bersamaan 24 Mei 2018 di Masjid Kampung Belais.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong,  Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Layong serta masyarakat kampung berdekatan.  


Created at 23/05/2018 09:03 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 23/05/2018 09:07 by Hasnan Bin Engin