Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM DI ANTARA MUKIM-MUKIM DI DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU’ALAIHI WASALLAM DAERAH TUTONG TAHUN 1439H/2017M ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM PEKAN TUTONG DAN DIKELOLAKAN BERSAMA OLEH AHLI

IMG_0019.JPG

20 Januari 2018- Sebanyak 7 kumpulan dikir menyertai Pertandingan Dikir Syarafil Anam di Antara Mukim-mukim Di Daerah Tutong sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu'Alaihai Wassalam 1439/2017 anjuran Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dan dikelolakan bersama oleh Jawatankuasa Teringgi Sambutan Maulud Nabi Muhammah Sallallahu'Alaihi Wassalam 1439/2017.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyaksikan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pertandingan ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Masri bin Haji Mohamah, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan seterusnya ucapan Pengerusi Bersama Majlis yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mumin bin Abdul Razak, Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong.

Pertandingan disertai oleh 3 kumpulan dikir lelaki iaitu masing-masing daripada Mukim Pekan Tutong, Mukim Telisai dan Mukim Kiudang. Manakala kategori perempuan sebanyak 4 kumpulan dikir iaitu Pekan Tutong, Mukim Telisai, Mukim Keriam dan Mukim Ukong. Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai, piala dan piala pusingan.

Hadir sama dimajlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 22/01/2018 15:10 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 07/11/2018 15:50 by Nusratina Binti Hj Md Daud