Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM TAHUN 1439H / 2017M

IMG_0003.JPG

Tutong – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawah nya ke masjid Daerah-Daerah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam di adakan hari ini 8 Rabiulawal 1439H bersamaan 27 November 2017 bertempat di Masjid Kampong Lubok Pulau, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diadakan antara lain bertujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam disamping bagi memakmurkan dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk-penduduk kampung serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemimpin-pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk di Daerah Tutong.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia, Awang Haji Adnan bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong di Daerah Tutong.

Majlis dikir berkenaan dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampong Lubok Pulau dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Hal Ehwal Ugama Tutong serta Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Lubok . 

Created at 28/11/2017 10:58 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 07/11/2018 15:50 by Nusratina Binti Hj Md Daud