Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-71, TAHUN 2017 BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0029.JPG

Tutong – Upacara Penurunan Bendera Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang  Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71, Tahun 2017 diadakan pada hari Isnin, 7 Zulkaedah 1438 bersamaan dengan 31 Julai 2017 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong.  

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Yang Mulia, Awang Azman bin Haji Hussain, Imam Masjid Kampung Bukit Udal, Tutong.  Upacara diteruskan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan upacara menurunkan Bendera Negara oleh Pasukan Polis Diraja Brunei yang seterusnya menyerahkan Bendera Negara kepada Tetamu Kehormat Majlis.  

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71, Tahun 2017 serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 02/08/2017 09:41 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 02/08/2017 09:41 by Hasnan Bin Engin