Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-71

IMG_7521 (EDIT).jpg

Upacara Pengibaran Bendera Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Bagi Daerah Tutong, Tahun 2017 diadakan pada hari Sabtu, 6 Syawal 1438 bersamaan 1 Julai 2017 bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd Samad, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar, Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong.

Rombongan pembawa bendera negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam, Penolong Pegawai Daerah Tutong dan diiringi oleh Pasukan Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Daerah Tutong serta Sukarelawan Daerah Tutong.

Bendera negara diserahkan kepada Tetamu Kehormat oleh Yang Mulia, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong dan kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk upacara pengibaran bendera.

Acara diteruskan dengan lagu Kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" dan "Bendera Negara" oleh gabungan kumpulan koir Telisai Harmonics dari Mukim Telisai dan Wira Bangsa Mukim Pekan Tutong.  Acara diakhiri dengan penyerahan bendera-bendera negara kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu Mukim Daerah Tutong oleh tetamu kehormat.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Bagi Daerah Tutong,  Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong.

Created at 04/07/2017 07:58 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 04/07/2017 07:58 by Hasnan Bin Engin