Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN 1438H/2017M

MAA_8933 edit.jpg

TUTONG - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya Tahun 1438H/2017M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 4 Ramadan 1438 bersamaan 30 Mei 2017 di Masjid Kampung Penanjong, Tutong.

Mengetuai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ialah Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali dan Yang Mulia Awang Mohd. Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1438H/2017M ini merupakan salah satu usaha kementerian dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong.  Disamping itu, ianya adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan di bulan Ramadan yang mubarak.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Penanjong. 

Created at 01/06/2017 11:10 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 01/06/2017 11:11 by Hasnan Bin Engin