Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Lawatan Rombongan Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong Ke Daerah Tutong

12187796_1091819687525489_7105496286711685156_n.jpg

TUTONG, Hari Khamis, 5 November – Kira-kira 20 orang peserta daripada rombongan muslimah Masjid Sultan 

Sharif Ali Sengkurong telah mengadakan lawatan ke Daerah Tutong pada hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan pertama sekali diadakan oleh rombongan tersebut yang diketuai oleh Dayang Hajah Halimah binti Abdullah, Penolong Ketua muslimah Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong.

Tujuan lawatan ialah bagi mengenali Daerah Tutong secara lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti dan kemajuan yang terdapat di daerah ini lebih-lebih lagi Daerah Tutong telah mula dikenali sebagai Daerah Destinasi yang unik, indah dan menarik bagi para pelancong dan pelawat yang menawarkan berbagai produk tradisi kampung dengan tempat-tempat lawatan yang menarik dan sesuai untuk kunjungan semua peringkat umur dan masyarakat termasuk di kalangan kanak-kanak dan penuntut-penuntut sekolah.

Ketibaan rombongan lawatan turut dialu-alukan bersama oleh Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Dayang Siti Joriahati Johari, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan juga Ketua Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, Ketua Eksekutif Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong dan beberapa pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong.

Rombongan memulakan lawatan dengan dibawa singgah ke Pasarneka dan Tamu Serembangun Tutong yang sememangnya terkenal bagi kunjungan orang ramai dari dalam dan luar daerah pada setiap Hari Khamis dimana rombongan telah merasakan kemeriahan suasana tamu yang popular menjual barangan mentah, buah-buahan di samping sayur-sayuran yang segar.  Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Taman Rekreasi Sungai Basong yang pada masa ini sedang dinaiktaraf dan dimajukan sebagai tempat lawatan khususnya melalui Rumah-Rumah Warisan Etnik Tutong bertepatan dengan Program Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong yang telah dilancarkan pada 2 November baru-baru ini bagi tempoh sebulan.  Rombongan juga dibawa melawat ke Galeri 1K1P (Satu Kampung Satu Produk) Jabatan Daerah Tutong bagi menyaksikan pameran dan jualan produk-

produk kampung yang dihasilkan sendiri oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong yang terdapat di galeri tersebut. 

Lawatan terakhir rombongan ialah ke tempat pemerosesan inyak kelapa dara yang diusahakan oleh Dayang Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, salah seorang pengusaha tempatan Minyak Kelapa Dara Majlis Perundingan Kampung Tanjong Maya, Tutong dimana para peserta diberi taklimat ringkas dan tunjuk ajar demonstrasi pembuatan Minyak Kelapa Dara (VCO) selain daripada berpeluang membeli produk minyak gaharu yang juga terdapat di rumah pengusaha berkenaan.​
Created at 05/11/2015 16:17 by Hasfarinah Binti Limpah
Last modified at 07/11/2018 15:56 by Nusratina Binti Hj Md Daud